awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis Iran, Narges Mohammadi menang Hadiah Nobel Keamanan

Agensi
Agensi
06/10/2023
10:45 MYT
Aktivis Iran, Narges Mohammadi menang Hadiah Nobel Keamanan
Mohammadi merupakan aktivis yang aktif berkempen untuk hak wanita dan pemansuhan hukuman mati. - Foto Reuters
OSLO: Hadiah Nobel Keamanan tahun ini telah dianugerahkan kepada aktivis Iran yang dipenjarakan, Narges Mohammadi.
Mohammadi yang merupakan salah seorang aktivis hak asasi manusia terkemuka Iran, aktif berkempen untuk hak wanita dan pemansuhan hukuman mati.
Kemenangannya diumumkan pada Jumaat oleh Jawatankuasa Nobel Norway.
“Jawatankuasa Nobel Norway telah memutuskan untuk menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan 2023 kepada Narges Mohammadi atas perjuangannya menentang penindasan wanita di Iran dan perjuangannya untuk mempromosikan hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan mereka.
Mohammadi sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana didakwa menyebarkan propaganda terhadap negara.
Menerusi Instagram rasmi, keluarganya berkata anugerah itu adalah penghormatan untuk semua rakyat Iran, "terutamanya kaum wanita Iran yang berani memperjuangkan kebebasan dan kesaksamaan" .
Mohammadi adalah wanita Iran kedua yang memenangi Hadiah Keamanan Nobel, selepas aktivis hak asasi manusia, Shirin Ebadi memenangi anugerah itu pada 2003.
Beliau adalah wanita ke-19 memenangi anugerah itu dan yang pertama sejak Maria Ressa dari Filipina memenanginya pada 2021 bersama-sama dengan Dmitry Muratov dari Rusia.
Tahun lepas, Hadiah Keamanan diberikan kepada trio; Kumpulan Hak Asasi Rusia, Memorial, Pusat Kebebasan Sivil Ukraine dan peguam bela hak Belarus yang dipenjarakan, Ales Bialiatski.
Topic Berkaitan
#Narges Mohammadi
#Iran
#Hadiah Nobel Keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan