awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2018
02:43 MYT
Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain
Rudd dikatakan memberi kenyataan bertentangan kepada Parlimen kononnya beliau tidak tahu tentang sasaran pengusiran imigran di negara tersebut. - REUTERS / Fail
Setiausaha Dalam Negeri Britain, Amber Rudd meletak jawatan, semalam selepas berdepan tekanan berhubung dasar kontroversi pendatang haram di negara itu yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Theresa May beberapa hari menjelang pilihan raya tempatan.
Jurucakap pejabat perdana menteri mengesahkan May telah menerima peletakan jawatan wanita terbabit.
Keputusan itu dibuat selepas sebuah memo mendedahkan Rudd memberi kenyataan bertentangan kepada Parlimen kononnya beliau tidak tahu tentang sasaran pengusiran imigran di negara tersebut.
Kandungan memo itu menyebut seramai 12,800 bakal dihantar pulang pada 2017-18 yang mana mereka telah melangkaui sasaran awal dan kemajuan proses penghantaran pulang itu telah dicapai yang menyaksikan peningkatan 10 peratus.
Selama hampir dua minggu, menteri di negara itu bergelut untuk menjelaskan kenapa sebahagian 'generasi Windrush' dari Caribbean yang dibawa ke Britain untuk menampung kekurangan tenaga buruh antara 1948 dan 1971 telah dilabel sebagai pendatang tanpa izin. - Press TV
Topic Berkaitan
#Amber Rudd
#Britain
#imigran
#kontroversi
#letak jawatan
#memo
#pendatang haram
#penghantaran pulang
#Perdana Menteri
#Setiausaha Dalam Negeri
#Theresa May
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan