awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2016
09:42 MYT
Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC
Pasukan penyiasat memulakan analisis terhadap dua serpihan yang dijumpai di Mozambique, Afrika Selatan. -Gambar fail
Pasukan penyiasat telah memulakan analisis terhadap dua serpihan yang dijumpai di Mozambique, Afrika Selatan, kata pihak berkuasa Australia hari ini.
Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC), dua serpihan dari pesisir pantai Afrika Selatan itu telah menjalani proses analisis X-ray serta dibersihkan bagi membuang tumbuhan macrofauna.
Tambah JACC, pakar-pakar dari Australia, Malaysia dan Boeing sedang menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada serpihan itu milik sebuah pesawat, berkemungkinan daripada MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Laporan siasatan akan dikeluarkan sebaik sahaja proses pemeriksaan itu selesai.
JACC juga berkata Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Afrika Selatan bagi menguruskan satu lagi analisis serpihan disyaki daripada bahagian ‘inlet cowling’ enjin sebuah pesawat.
Pihak berkuasa Afrika Selatan berkata serpihan itu dijumpai berdekatan bandar Mossel Bay, sebuah bandar kecil di wilayah Western Cape, awal pagi Selasa.
Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac, 2014, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Australia mengetuai pencarian pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi di mana ia dipercayai berakhir selepas melencong dari laluan asal.
Satu-satunya serpihan milik MH370 yang ditemukan setakat ini ialah sekeping flaperon yang ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis pada Julai tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Australia
#jacc
#MH370
#Mossel Bay
#Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia
#Serpihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan