awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat banjir di wilayah Laut Hitam, Turki meningkat kepada 74

Bernama
Bernama
17/08/2021
04:48 MYT
Angka kematian akibat banjir di wilayah Laut Hitam, Turki meningkat kepada 74
Seorang penduduk Bozkurt memeriksa kenderaannya selepas banjir melanda wilayah Kastamonu Jumaat lalu. - Foto AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya 74 orang terkorban dan 47 yang lain dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Laut Hitam Turki, lapor Xinhua memetik kenyataan agensi bencana kebangsaan pada Isnin.
Banjir disebabkan hujan lebat itu berlaku pada 11 Ogos, mengorbankan 62 penduduk di wilayah Kastamonu, 11 di wilayah Sinop dan seorang dilaporkan maut di wilayah Bartin.
Sementara itu 1,480 penduduk Kastamonu, 560 di Sinop dan 341 di Bartin dipindahkan ke kawasan selamat, menurut agensi itu.
Kementerian Pertahanan Turki menghantar dua kapal bagi tujuan memindahkan mangsa banjir dan kenderaan dari wilayah Sinop.
Banjir turut memusnahkan kediaman, jambatan, dan menghanyutkan kenderaan serta mengakibatkan bekalan elektrik turut terputus di wilayah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#angka korban
#Laut Hitam
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan