awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel

Bernama
Bernama
26/09/2024
22:45 MYT
Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Gambar fail Reuters
ANKARA: Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak 7 Oktober 2023 mencecah 41,534 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di wilayah bergolak itu pada Khamis.
Kenyataan kementerian itu juga menyatakan, seramai 96,092 orang telah cedera dalam serangan yang masih berterusan.
"Tentera Israel membunuh 39 orang dan mencederakan 86 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas," kata kementerian itu.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.
Meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyeru gencatan senjata segera, Israel terus melancarkan serangan tanpa henti di Semenanjung Gaza selama hampir setahun sejak 7 Oktober.
Serangan itu telah menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah berkenaan terpaksa berpindah, sementara sekatan yang masih berjalan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.
Israel turut berdepan tuduhan melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#jumlah korban Palestin
#israel serang gaza
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan