awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran di hotel kasino Kemboja meningkat ke 25

Bernama
Bernama
30/12/2022
10:23 MYT
Angka korban kebakaran di hotel kasino Kemboja meningkat ke 25
Pasukan penyelamat menemukan enam lagi mayat dalam bilik hotel yang hangus, menjadikan angka korban kepada 25 orang setakat ini.- Foto ihsan media sosial
PHNOM PENH: Angka korban akibat kebakaran membabitkan sebuah hotel kasino wilayah di Banteay Meanchey, Kemboja, meningkat kepada 25 orang setakat ini, lapor Xinhua.
"Pagi ini (Jumaat), pasukan penyelamat menemukan enam lagi mayat dalam bilik hotel yang hangus, menjadikan angka korban kepada 25 orang setakat ini," kata pengarah jabatan maklumat wilayah Banteay Meanchey, Sek Sokhom.
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa, dan menggesa pihak berkuasa dan pemilik bangunan memperkukuh keselamatan dan tindak balas kebakaran.
Sementara itu, 73 yang lain dilaporkan cedera dalam kebakaran yang tercetus di Hotel dan Kasino Grand Diamond City di Poipet pada lewat malam Rabu.
"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun operasi mencari mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu masih diteruskan," katanya.
Hun Sen turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana menghantar anggota respons kecemasannya bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#Kemboja
#hotel kasino
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan