awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa masalahnya? Hubungi saja Putin' - Presiden Belarus dakwa boleh guna senjata nuklear

Bernama
Bernama
14/06/2023
08:52 MYT
'Apa masalahnya? Hubungi saja Putin' - Presiden Belarus dakwa boleh guna senjata nuklear
Lukashenko (kiri) berkata, jika berlaku perang, beliau boleh menghubungi Putin (kanan) pada bila-bila masa. - Gambar/ AP
MOSCOW: Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengancam untuk menggunakan senjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jika berlaku perang, beliau boleh menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin pada bila-bila masa, kata Lukashenko di televisyen Rusia pada Selasa.
"Apa masalahnya, menyelaraskan 'serangan' seperti itu? Ia bukan persoalan sama sekali," tegas Lukashenko.
Putin mengumumkan pada bulan Mac bahawa senjata nuklear Rusia akan ditempatkan di Belarus. Bagaimanapun, ia akan kekal di bawah kawalan Rusia, ketua Kremlin itu memberi jaminan.
Senjata nuklear diperlukan untuk melindungi Belarus daripada diserang, kata Lukashenko, sambil mendakwa bahawa Barat telah berusaha selama bertahun-tahun untuk memecah belah negaranya.
Beliau berkata dengan memiliki senjata nuklear, Belarus tidak lagi berdepan serangan.
"Bom itu tiga kali lebih kuat daripada bom di Hiroshima dan Nagasaki," kata pemimpin berusia 68 tahun merujuk kepada dua bom atom yang digugurkan oleh AS ke atas Jepun pada 1945. Letupan itu membunuh lebih 100,000 orang.
"Kira-kira sejuta orang mati serta-merta. Tuhan melarang kami menggunakan senjata ini," tambah Lukashenko, yang memerintah Minsk sejak 1994.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senjata nuklear
#Vladimir Putin
#Presiden Belarus
#Alexander Lukashenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan