awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya

Agensi
Agensi
08/02/2021
00:26 MYT
Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya
Beberapa pemuda dan pemudi yang bermotosikal meredah jalanan yang digenangi air berwarna merah pekat di Kampung Jenggot. - Reuters
JAKARTA:Garis masa di media sosial pada dua hari lalu kecoh dengan gambar-gambar air banjir berwarna merah pekat seumpama darah yang terjadi di sebuah kampung di Indonesia.
Suasananya seperti dari sebuah adegan filem seram dan misteri, sekali gus mencetuskan tanda tanya kepada mereka yang bukan dari lokasi kejadian.
Bagaimanapun, dari semua gambar yang dimuat naik itu, rata-rata tidak ada satupun subjek yang dirakam dalam keadaan aneh, panik atau takut, kerana kejadian banjir seperti itu bukan suatu yang baharu di Kampung Jenggot, Pekalongan, Jawa Tengah.
Seorang kanak-kanak leka mengharung air banjir merah di kawasan rumahnya. - Reuters
Seorang kanak-kanak leka mengharung air banjir merah di kawasan rumahnya. - Reuters
"Saya bimbang jika gambar-gambar ini jatuh ke tangan mereka yang suka menyebarkan berita palsu.
"Mereka akan mereka cerita yang mencetus ketakutan bahawa dunia ini sudah ke penghujungnya, atau hujan darah dan sebagainya," ujar seorang pengguna Twitter.
Sedangkan warna merah itu berpunca dari kilang kilang batik yang juga terjejas akibat kenaikan air bah. Pekalongan merupakan sebuah bandar yang terkenal kerana menghasilkan batik menggunakan cara tradisional - mencanting dan mewarna menggunakan bahan pewarna khas.
Dis ! Banjir didaerah ku, no edit edit. Ini pas banget banjir jadi warnanya merah gegara ke campur pewarna batik. Kadang suka ada genangan air warna ungu juga di jalan pic.twitter.com/MmNVYmXQyT
— AREA JULID (@AREAJULID) February 6, 2021
Warna air di parit atau sungai yang bertukar-tukar di Pekalongan bukan lagi aneh. Pernah dalam kejadian banjir sebelum ini, air berwarna hijau terang bergenang di segenap kawasan kamoung di sebelah utara bandar itu.
"kadang-kadang ada lopak-lopak air berwarna ungu juga," kata pengguna Twitter bernama Area Julid, yang mendakwa berasal dari kawasan berkenaan.
Ketua Bantuan Bencana Pekalongan, Dimas Arga Yudha, mengesahkan semua gambar yang tersebar di media sosial itu benar terjadi.
"Warna merah itu adalah pewarna batik, yang tumpah semuanya akibat banjir. Ia akan menghilang apabila bercampur dengan hujan beberapa ketika," jelasnya.
Efek limbah pewarna. Banjir berwana merah di Pekalongan. pic.twitter.com/raPwpMQZJD
— Mc. Menank (@McMenangSusilo) February 6, 2021
ada yg warnanya ungu dong obat batiknya pic.twitter.com/bbTCW12N9l
— lagi SIBUK (@kangsomaay_) February 6, 2021
Topic Berkaitan
#banjir
#Indonesia
#kilang batik
#pekalongan
#Jawa Tengah
#kampung jenggot
#banjir merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan