awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi, AS setuju perkukuh kerjasama dalam teknologi, sains

Bernama
Bernama
16/07/2022
07:26 MYT
Arab Saudi, AS setuju perkukuh kerjasama dalam teknologi, sains
Perjanjian itu dibuat sempena lawatan negara pertama Presiden Joe Biden ke negara itu untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Arab Saudi. - AP
RIYADH: Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk rangkaian 5G, keselamatan siber, penerokaan angkasa lepas dan kesihatan umum, lapor Xinhua memetik Al Arabiya News.
Perjanjian itu dibuat sempena lawatan negara pertama Presiden Joe Biden ke negara itu untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyemak keperluan pertahanan dan membincangkan kepentingan aspek keselamatan tenaga global.
Menurut kenyataan selepas mesyuarat berkenaan, Biden mengalu-alukan langkah terbaru Saudi menandatangani Perjanjian Artemis yang diterajui NASA, perjanjian membabitkan penerokaan angkasa lepas.
Biden berkata AS mengukuhkan semula komitmennya untuk melaksanakan penerokaan dan pengunaan angkasa lepas secara bertanggungjawab, aman dan mampan.
Presiden AS itu turut memuji peranan yang dimainkan Arab Saudi dalam menyokong usaha gencatan senjata di Yaman.
Arab Saudi adalah destinasi terakhir Biden dalam rangka lawatannya ke Timur Tengah.
Lawatan diplomatik itu bermula pada Rabu dan dijangka berakhir Sabtu, turut meliputi Israel dan Tebing Barat.
Biden dijadual menghadiri sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk pada Sabtu. Sidang berkenaan turut dihadiri Raja Jordan, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Iraq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Amerika Syarikat
#kerjasama
#teknologi
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan