awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam

Bernama
Bernama
16/02/2025
10:30 MYT
AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Institusi yang menerima dana persekutuan mesti memansuhkan dasar berasaskan kaum dalam kemasukan, bantuan kewangan, pengambilan tenaga kerja dan aktiviti lain. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari, dengan memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi arahan itu boleh menyebabkan kehilangan dana persekutuan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Arahan itu yang dinyatakan dalam surat yang dihantar kepada jabatan pendidikan negeri pada Jumaat menegaskan pendirian kerajaan persekutuan mengenai undang-undang antidiskriminasi, khususnya Tajuk VI Akta Hak Sivil 1964.
Pemangku Penolong Setiausaha Hak Sivil Craig Trainor berkata institusi yang menerima dana persekutuan mesti memansuhkan dasar berasaskan kaum dalam kemasukan, bantuan kewangan, pengambilan tenaga kerja dan aktiviti lain.
Surat itu turut menyatakan kebimbangan bahawa inisiatif DEI telah membawa kepada diskriminasi, terutamanya terhadap pelajar kulit putih dan Asia, serta mengecam amalan seperti majlis graduasi berasingan, asrama dan program latihan tertentu.
Arahan itu juga menolak naratif mengenai "perkauman sistemik dan struktur" dalam pendidikan, dengan menegaskan bahawa undang-undang hak sivil persekutuan melarang sebarang keputusan berasaskan kaum dalam semua aspek akademik dan kampus.
Trainor menegaskan bahawa pihak sekolah mesti memastikan dasar mereka tidak memihak atau merugikan mana-mana kumpulan berdasarkan kaum.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) mengumumkan di platform X bahawa Jabatan Pendidikan AS telah membatalkan 70 geran latihan DEI bernilai US$373 juta dalam tempoh dua hari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pendidikan
#kaum
#DEI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan