awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba

Bernama
Bernama
31/10/2024
03:30 MYT
Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Gerardo Werthein dilantik Menteri Luar Argentina yang baharu. - Foto X/@SusanaGimeneOK
MOSCOW: Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
"Menteri Luar Argentina yang baharu ialah Gerardo Werthein," kata Adorni di platform X.
Terdahulu pada Rabu, media Argentina melaporkan bahawa Presiden Argentina Javier Milei mengarahkan peletakan jawatan Menteri Luar Diana Mondino selepas Argentina mengundi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong penarikan balik sekatan AS terhadap Cuba.
Terdahulu pada hari itu, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi tahunannya yang menyeru AS untuk menarik balik sekatan ekonomi, komersial dan kewangan terhadap Cuba.
Milei membuat keputusan itu selepas delegasi Argentina ke PBB menyokong gesaan untuk menghapuskan sekatan ke atas Havana, berbeza dengan pendirian dua sekutu utama Buenos Aires di PBB - Israel dan AS - menurut akhbar Argentina Infobae.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gerardo Werthein
#Menteri Luar
#Manuel Adorni
#Javier Milei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan