awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asap putih pada enjin pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Narita

Bernama
Bernama
12/08/2024
03:30 MYT
Asap putih pada enjin pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Narita
Asap putih dilaporkan keluar dari enjin kiri Pesawat Singapore Airlines Penerbangan 638 ketika ia mendarat di Landasan B. - Gambar hiasan/REUTERS
TOKYO: Asap putih dilaporkan dari enjin sebuah pesawat penumpang, sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pagi Isnin.
Insiden ini menyebabkan penutupan satu daripada dua landasan utama lapangan terbang itu, lapor Xinhua.
Sekitar 7.50 pagi waktu tempatan (2250 GMT pada Ahad), asap putih dilaporkan keluar dari enjin kiri Pesawat Singapore Airlines Penerbangan 638 ketika ia mendarat di Landasan B, menurut penyiar NHK yang memetik Jabatan Bomba Bandar Narita.
Pesawat yang baharu sahaja selesai mendarat, berhenti di jalan rayap (taxiway) dan kemudian bergerak perlahan-lahan dikelilingi oleh beberapa jentera bomba apabila protokol kecemasan diaktifkan.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat situasi kejadian, dengan tumpuan sama ada terdapat sebarang kecederaan dalam kalangan penumpang dan anak kapal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Landasan B telah ditutup sehingga diberitahu kelak.
Pihak pengurusan lapangan terbang masih belum memberikan butiran lanjut mengenai bagaimana insiden ini mungkin menjejaskan penerbangan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asap putih
#Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
#Singapore Airlines
#enjin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan