awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN BAC cadang langkah penstabilan dalam mendepani COVID-19

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
18/04/2020
04:53 MYT
ASEAN BAC cadang langkah penstabilan dalam mendepani COVID-19
ASEAN BAC turut mengambil berat akan prinsipal dan langkah oleh anggota ASEAN dalam memastikan keperluan-keperluan penting itu diberi perhatian sepatutnya pada masa getir ini.
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) mengesa pemimpin gagasan itu mengambil langkah proaktif bagi memastikan rantaian bekalan makanan dan fasiliti dagangan di rantau Asia dapat diperhebatkan dan tetap berada dalam tahap stabil.
Langkah ini adalah bertujuan untuk mengembalikan semula pemulihan ekonomi di rantau itu secara beransur-ansur meskipun berdepan cabaran COVID-19.
Pada Selasa lalu, satu persidangan khas melalui atas talian telah dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc bagi mendapatkan respon kolektif daripada para pemimpin Asia Tenggara berkenaan penularan pandemik covid-19.
Nguyen Xuan Phuc dalam ucapan pembukaannya memuji usaha dan tindakan ASEAN dalam menangani wabak itu setakat ini.
Antara perkara yang digariskan oleh Nguyen pada persidangan yang dianggotai 10 negara itu adalah berkenaan jaminan makanan, net keselamatan sosial, tabung kecemasan pandemik ASEAN, mewujudkan bekalan ubat-ubatan kecemasan, berkongsi sumber dan mengambil kira suara sektor swasta.
Ujarnya, Hanoi juga mencadangkan strategi keluar bagi ekonomi Asia Tenggara yang terjejas teruk, antaranya, bergantung kepada pembukaan sempadan bagi memacu pelancongan dan memenuhi rantaian permintaan untuk eksport.
“Dalam masa sukar ini juga, kerjasama responsif daripada pemimpin amatlah diperlukan dalam mengkoordinasikan polisi serta menjaga keselamatan orang ramai dan mengekalkan kestabilan sosio ekonomi,” katanya pada persidangan tersebut.
Jelasnya lagi, pihak ASEAN BAC turut mengambil berat akan prinsipal dan langkah oleh anggota ASEAN dalam memastikan keperluan-keperluan penting itu diberi perhatian sepatutnya pada masa getir ini.
Pemimpin dari China, Jepun dan Korea Selatan turut menyertai persidangan itu.
Topic Berkaitan
#ASEAN BAC
#Asia Tenggara
#Astro Awani
#COVID-19
#Hanoi
#Nguyen Xuan Phuc
#Perdana Menteri Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan