awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN, Jepun akan perkukuh hubungan semasa sidang kemuncak khas pada Disember

Bernama
Bernama
06/06/2023
23:45 MYT
ASEAN, Jepun akan perkukuh hubungan semasa sidang kemuncak khas pada Disember
Kao (kiri) dan Hayashi bertukar pandangan tentang usaha untuk memperkukuh lagi kerjasama ASEAN-Jepun sempena ulang tahun ke-50 hubungan dialog itu, semasa pertemuan di Tokyo pada Isnin. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Jepun akan menjemput pemimpin ASEAN ke sidang kemuncak khas memperingati ulang tahun ke-50 hubungan mereka di Tokyo pada Disember tahun ini.
Persediaan sidang kemuncak itu dibangkitkan semasa kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn ke atas Menteri Luar Negeri Jepun Yoshimasa Hayashi di Tokyo pada Isnin.
Menurut Sekretariat ASEAN, Kao dan Hayashi bertukar pandangan tentang usaha untuk memperkukuh lagi kerjasama ASEAN-Jepun sempena ulang tahun ke-50 hubungan dialog itu.
Topik utama lain yang dibincangkan termasuk persediaan untuk penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Jepun dalam satu kenyataan berkata dalam pertemuan itu Hayashi menekankan hasratnya untuk bekerjasama rapat bagi menjayakan sidang kemuncak peringatan itu.
"Negara akan terus menyokong pemusatan dan perpaduan ASEAN, budaya semasa yang menarik dan pertukaran rakyat dengan rakyat selain membantu mengarusperdanakan Pandangan ASEAN di Indo-Pasifik.
"Hayashi berkata beliau mahu menghantar mesej yang padu dalam isu serantau dan antarabangsa yang mendesak pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar berkaitan ASEAN pada bulan Julai," menurut kenyataan itu.
ASEAN dan Jepun telah menjalin hubungan kerjasama untuk keamanan dan pembangunan di rantau Asia-Pasifik sejak 1973.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Jepun
#Sidang Kemuncak Khas
#kerjasama ASEAN-Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan