awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
07:51 MYT
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Australia mengeluarkan amaran keras kepada platform permainan Roblox susulan kebimbangan meningkat tentang kegiatan antun seksual kanak-kanak dan pendedahan kepada kandungan ganas serta lucah yang mudah diakses pengguna bawah umur. -Foto fail/Amanz
SYDNEY: Kerajaan Australia mengeluarkan amaran keras kepada platform permainan popular Roblox susulan kebimbangan meningkat terhadap kegiatan antun seksual kanak-kanak (child grooming) dan pendedahan kepada kandungan ganas serta lucah yang didakwa mudah diakses pengguna bawah umur.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Australia mengeluarkan amaran keras kepada platform permainan Roblox susulan kebimbangan meningkat tentang kegiatan antun seksual kanak-kanak dan pendedahan kepada kandungan ganas serta lucah yang mudah diakses pengguna bawah umur.
  • Menteri Komunikasi Anika Wells menulis surat rasmi meminta mesyuarat segera dengan pengurusan Roblox untuk mendapatkan penjelasan berhubung langkah keselamatan yang sedang dan akan diambil, menyifatkan laporan sebagai "menggerunkan".
  • Suruhanjaya eSafety Australia akan menguji komitmen keselamatan yang dibuat Roblox tahun lalu, termasuk menjadikan akaun bawah 16 tahun sebagai peribadi secara automatik dan mengaktifkan sistem pengesahan umur sebelum komunikasi dalam talian dibenarkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Komunikasi Anika Wells berkata beliau telah menulis surat rasmi meminta mesyuarat segera dengan pengurusan Roblox untuk mendapatkan penjelasan berhubung langkah keselamatan yang sedang dan akan diambil.
Wells menyifatkan laporan diterimanya sebagai menakutkan, termasuk dakwaan bahawa kanak‑kanak seawal empat atau lima tahun boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai yang dijana pengguna.
Beliau menegaskan tindakan segera diperlukan bagi memastikan keselamatan kanak‑kanak yang berinteraksi di platform itu.
Roblox — yang mempunyai antara 100 hingga 150 juta pengguna aktif harian, dengan kira‑kira 40% daripadanya bawah 13 tahun — lama dikritik kerana gagal mengekang kandungan berbahaya serta interaksi mencurigakan antara orang dewasa dan kanak‑kanak.
Sebuah laporan pada 2024 turut melabelkan platform itu sebagai persekitaran berbahaya yang membuka ruang kepada pornografi dan antun seksual kanak‑kanak.
Susulan tekanan awam dan kerajaan, Suruhanjaya eSafety Australia minggu lalu mengeluarkan notis bahawa pihaknya akan menguji secara langsung komitmen keselamatan yang dibuat Roblox tahun lalu.
Antara komitmen itu termasuk menjadikan akaun bawah 16 tahun sebagai peribadi secara automatik, mengehadkan interaksi dengan pengguna dewasa, serta mengaktifkan sistem pengesahan umur sebelum komunikasi dalam talian dibenarkan.
Komisioner eSafety Julie Inman Grant berkata kegagalan mematuhi undang‑undang keselamatan dalam talian boleh membawa kepada penalti sehingga A$49.5 juta, selain tindakan penguatkuasaan lain.
Beliau turut menyatakan pihaknya sangat bimbang dengan laporan berterusan mengenai eksploitasi kanak‑kanak di platform itu.
Kerajaan Australia turut menilai semula klasifikasi PG yang diberikan kepada Roblox, memandangkan penilaian terakhir dibuat pada 2018.
Wells menegaskan bahawa ibu bapa dan kanak‑kanak berhak mendapat perlindungan lebih baik, dan Roblox perlu meningkatkan standard keselamatannya.
Dalam kenyataan balas kepada media, Roblox berkata pihaknya “mempunyai dasar keselamatan yang kukuh” serta mengalu‑alukan peluang untuk menjelaskan usaha mereka kepada kerajaan Australia.
Namun, tekanan masyarakat dan pengawal selia semakin meningkat agar syarikat itu mengambil tindakan lebih tegas dan pantas demi keselamatan kanak‑kanak.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Australia berhubung platform permainan Roblox? A: Kerajaan Australia mengeluarkan amaran keras kepada Roblox susulan kebimbangan terhadap kegiatan antun seksual kanak-kanak dan pendedahan kepada kandungan ganas serta lucah yang mudah diakses oleh pengguna bawah umur.
  • Q: Mengapakah Menteri Komunikasi Anika Wells menganggap laporan yang diterimanya mengenai Roblox sebagai "menggerunkan"? A: Anika Wells menganggap laporan tersebut menggerunkan kerana termasuk dakwaan bahawa kanak-kanak seawal empat atau lima tahun boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai yang dijana pengguna, serta interaksi mencurigakan antara orang dewasa dan kanak-kanak.
  • Q: Apakah komitmen keselamatan yang perlu dipatuhi oleh Roblox berdasarkan pemeriksaan Suruhanjaya eSafety Australia? A: Roblox perlu mematuhi komitmen seperti menjadikan akaun bawah 16 tahun sebagai peribadi secara automatik, mengehadkan interaksi dengan pengguna dewasa, serta mengaktifkan sistem pengesahan umur sebelum komunikasi dalam talian dibenarkan.
  • Q: Bagaimanakah Kerajaan Australia menilai semula klasifikasi PG yang diberikan kepada Roblox? A: Kerajaan Australia menilai semula klasifikasi PG yang diberikan kepada Roblox kerana penilaian terakhir dilakukan pada 2018, dengan tujuan untuk meningkatkan standard keselamatan bagi melindungi ibu bapa dan kanak-kanak.
  • Q: Apakah respons Roblox terhadap tekanan masyarakat dan pengawal selia untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak? A: Roblox menyatakan bahawa mereka mempunyai dasar keselamatan yang kukuh dan menyambut peluang untuk menjelaskan usaha mereka kepada kerajaan Australia, namun tekanan terus meningkat agar syarikat tersebut mengambil tindakan lebih tegas dan cepat demi keselamatan kanak-kanak.

Topic Berkaitan
#antun seksual
#roblox
#Australia
#Suruhanjaya eSafety
#eksploitasi kanak kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan