awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azerbaijan optimis perjanjian damai dengan Armenia boleh dicapai

Bernama
Bernama
06/05/2022
14:35 MYT
Azerbaijan optimis perjanjian damai dengan Armenia boleh dicapai
Azerbaijan yang berdepan konflik dengan Armenia optimis perjanjian damai yang berkekalan dapat dicapai antara kedua-dua negara, kata Duta Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov. - Foto Embassy of the Republic of Azerbaijan to Malaysia
KUALA LUMUR: Azerbaijan yang berdepan konflik dengan Armenia optimis perjanjian damai yang berkekalan dapat dicapai antara kedua-dua negara, kata Duta Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov.
Beliau berkata keyakinan itu timbul selepas menyaksikan realiti pasca perang dan "isyarat positif" dari Armenia serta masyarakat antarabangsa ke arah mencapai keamanan berpanjangan.
"Situasi terkini adalah masa dan peluang terbaik...Saya rasa kami sangat optimis kerana terdapat isyarat baik dan positif daripada kedua-dua pihak ke arah mencapai keamanan yang berpanjangan," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Davudov berkata keamanan berpanjangan bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara dan rakyatnya tetapi demi keselamatan dan kestabilan serantau di rantau Caucasus Selatan.
Armenia juga perlu memahami bahawa persekitaran yang aman antara Yerevan dan Baku adalah penting bagi pembangunan ekonomi sambil menambah bahawa Azerbaijan yang kaya dengan gas dan minyak bukanlah musuh kepada sesiapa, katanya.
Davudov menjelaskan bahawa Baku di bawah kepimpinan Presiden Ilham Aliyev telah mengambil semua langkah yang perlu bagi melupakan masa lalu yang kelam antara kedua-dua negara supaya rakyat dapat hidup dengan aman.
Beliau juga menegaskan perang berlaku susulan kegagalan demi kegagalan terhadap rundingan selama hampir 28 tahun.
"Jika perjanjian damai ditandatangani dan prinsip asanya diterapkan maka keamanan di Caucasus akan berpanjangan dan mampan.
"Kami mempunyai hubungan baik dengan semua negara jiran, bukan sahaja dengan Turki dan Rusia tetapi juga dengan Georgia dan Iran.
"Kami berharap dapat menjalin hubungan baik dengan Armenia serta dikelilingi oleh kejiranan yang stabil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan
#Armenia
#perjanjian damai
#konflik
#Duta Azerbaijan ke Malaysia
#Irfan Davudov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan