awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azerbaijan tawar AS$2 juta bagi mangsa banjir di Pakistan

Bernama
Bernama
29/08/2022
00:00 MYT
Azerbaijan tawar AS$2 juta bagi mangsa banjir di Pakistan
Mangsa terjejas menggunakan rakit bagi memindahkan barangan keperluan dari rumah mereka yang ditenggelami air banjir. - Foto AP
NEW DELHI: Azerbaijan akan menyalurkan AS$2 juta (RM8.9 juta) bagi membantu mangsa banjir di Pakistan manakala Turkiye, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menghantar sejumlah besar barangan keperluan kepada negara yang dilanda bencana itu.
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev telah mengarahkan kerajaan untuk mengurangkan penderitaan di Pakistan akibat hujan lebat dan banjir, menurut Kedutaan Azerbaijan di Islamabad pada Sabtu.
Turkiye telah memulakan persiapan bagi menghulurkan bantuan yang diperlukan ke Pakistan, menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.
Negara itu akan menghantar bekalan bantuan kemanusiaan dengan segera menggunakan pesawat.
UAE akan menghantar bantuan kemanusiaan termasuk 3,000 tan bekalan makanan, barangan perubatan dan farmaseutikal, selain khemah, lapor Agensi Berita WAM.
Sementara itu, Qatar menghulurkan bantuan segera bernilai AS$2 juta, menurut ciapan Kementerian Luar Pakistan.
Britain memaklumkan pihaknya akan memperuntukkan GBP1.5 juta (kira-kira AS$1.7 juta) bantuan di kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu merayu negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan segera kepada Pakistan.
Lebih 33 juta orang, atau 15 peratus penduduk Pakistan, terjejas akibat bencana alam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Pakistan
#Azerbaijan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan