awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal bertemu Putin, Kim Jong Un naiki kenderaan berperisai

Agensi
Agensi
11/09/2023
12:22 MYT
Bakal bertemu Putin, Kim Jong Un naiki kenderaan berperisai
Jika mesyuarat dengan Putin berjalan lancar, ia akan menjadi perjalanan antarabangsa pertama pemimpin Korea Utara itu dalam lebih empat tahun dan yang pertama sejak pandemik. - AP Photo/Alexander Zemliani
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah memulakan perjalanan menuju ke Vladivostok untuk bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Lapor media Korea Selatan yang memetik kenyataan pegawai kerajaan, kereta api berperisai dinaiki Jong Un Kim dalam lawatan keluar negara telahpun berlepas.
Dalam pada itu, pertemuan dijangka akan berlangsung secepat mungkin iaitu pada Selasa.
Agensi berita Rusia, Interfax, turut melaporkan sebelum ini bahawa Kim dijangka mengadakan lawatan bertemu Putin "dalam beberapa hari yang akan datang".
Jika mesyuarat dengan Putin berjalan lancar, ia akan menjadi perjalanan antarabangsa pertama pemimpin Korea Utara itu dalam lebih empat tahun dan yang pertama sejak pandemik.
Salah seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kepada CBS, dua pemimpin berkenaan antara lain mungkin akan membincangkan perihal Korea Utara membekalkan senjata kepada Moscow sebagai menyokong perang di Ukraine.
Lawatan terakhir Jong Un ke luar negara adalah ke Vladivostok pada 2019 untuk sidang kemuncak pertamanya dengan Putin selepas kegagalan rundingan pelucutan senjata nuklear Korea Utara dengan Presiden AS Donald Trump ketika itu.
Sementara itu, perjalanan dengan kereta api itu dilaporkan turut membawa sekurang-kurangnya 20 kereta kalis peluru, menjadikannya lebih berat daripada kereta api biasa. Ia sekali gus membuatkan kereta api berkenaan tidak dapat melepasi kelajuan 59 kilometer sejam, dan dijangka mengambil masa sehari.
Terdahulu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu cuba "meyakinkan Pyongyang untuk menjual peluru artileri" kepada Rusia semasa lawatan ke Korea Utara baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#Pyongyang
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan