awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2024
01:15 MYT
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Guambe ditemui selamat selepas hampir lima hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan. - Foto REUTERS
CAPE TOWN: Angka kematian dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan meningkat kepada 16 orang, dengan 36 pekerja binaan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut pihak berkuasa, bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Kejadian berlaku di pesisir Bandar George, terletak kira-kira 400 kilometer di timur Cape Town di wilayah Western Cape.
Namun punca runtuhan masih dalam siasatan.
Ketika usaha mencari dan menyelamat diteruskan sehingga hari keenam di lokasi kejadian, 45 daripada 81 individu yang berada di lokasi kejadian berjaya dikeluarkan.
Namun menurut kemas kini itu, 16 daripada 45 pekerja yang ditemukan telah disahkan meninggal dunia manakala 36 lagi masih belum ditemukan.
Namun, terdapat sebuah kejadian yang dikatakan ajaib oleh para penyelamat apabila Gabriel Guambe, yang terperangkap di bawah runtuhan selama hampir lima hari, ditemukan selamat.
Dalam sebuah video yang dikongsi bersama kenyataan itu, Guambe meluahkan rasa terima kasih kepada semua anggota penyelamat atas usaha gigih mereka.
Kini pasukan penyelamat di lokasi terus digalakkan untuk bekerja keras ketika menjalankan tugas mencabar mencari mangsa yang masih belum ditemukan.
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#usaha mencari dan menyelamat
#terperangkap
#pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan