awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi enam bulan mati ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
20/04/2019
23:55 MYT
Bayi enam bulan mati ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri
Perbuatan itu dipercayai dilakukan ibunya yang mengalami kemurungan teruk setelah melahirkan Dian Asriani. -Gambar hiasan
Seorang bayi berusia enam bulan yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri bulan lepas meninggal dunia semalam.
Bayi itu menjalani rawatan secara intensif selama tiga minggu di unit rawatan rapi (ICU) di Bayu Asih Purwakarta selepas diselamatkan, namun meninggal dunia pada Ahad kira-kira jam 08.45 pagi di ICU setelah mengalami sesak nafas.
Bayi malang yang diberi nama Dian Asriani itu dilapor mengalami masalah pernafasan akibat kekurangan oksigen di dalam otak serta degupan jantung yang berhenti secara tiba-tiba.
"Kira-kira jam 4 pagi, mangsa mengalami sesak nafas. Kerana keadaannya yang semakin melemah, mangsa meninggal dunia pada pukul 9 pagi.
"Mangsa dikuburkan tidak jauh dari rumahnya. Semua warga di sini turut mengiringi mangsa ke tempat perkuburan," kata wakil pihak hospital.
Dian Asriani ditanam hidup-hidup di belakang rumah di Kampung Pasir Muncang, di Kecamatan Kiarapedes.
Perbuatan itu dilakukan ibunya yang dipercayai mengalami kemurungan teruk setelah melahirkan Dian Asriani.
Topic Berkaitan
#Dian Asriani
#Hospital
#ICU
#Kampung Pasir Muncang
#tanam bayi hidup-hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan