awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bebaskan Palestin: Ancaman Israel punca peperangan dunia - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/09/2018
15:52 MYT
Bebaskan Palestin: Ancaman Israel punca peperangan dunia - Tun M
TUN M: 'Biarkan rakyat Palestin kembali untuk menuntut semula tanah mereka. Jadikanlah mereka sebuah negara. Biarlah ia berteraskan keadilan dan undang-undang.' - Gambar Astro AWANI
Punca utama kepada peperangan dan keganasan perlu ditangani dalam memastikan dunia lebih aman dan harmoni.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan punca tersebut adalah disebabkan penindasan yang berlaku terhadap Palestin.
“Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa.
BACA: Tun Mahathir 'canang' kelakuan Kerajaan BN di pentas PBB
“Palestin melancarkan roket yang tidak memberi kesan langsung kepada Israel. Tindakan balas besar-besaran telah dibuat Israel, mengebom hospital, sekolah dan bangunan, membunuh orang awam yang tidak bersalah termasuk anak sekolah dan pesakit hospital serta banyak lagi.
“Dunia memberi ganjaran kepada Israel, dengan sengaja memprovokasi Palestin dengan mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel,” kata beliau pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73 di sini hari ini.
Beliau pada masa sama mahu supaya Palestin mendapatkan semula tanah mereka dan hidup bebas tanpa sebarang ancaman.
“Biarkan rakyat Palestin kembali untuk menuntut semula tanah mereka. Jadikanlah mereka sebuah negara. Biarlah ia berteraskan keadilan dan undang-undang.
“Berjuang dengan mereka tidak akan menghentikan keganasan,” tambah beliau.
Justeru, beliau mengingatkan PBB, di mana badan dunia yang berteraskan keamanan dan kemapanan suoaya mengakhiri segera peperangan di negara itu.
Topic Berkaitan
#antarabangsa
#Israel
#kemanusiaan
#Mahathir Mohamad
#Palestin
#PBB
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan