awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu

Bernama
Bernama
01/12/2024
14:44 MYT
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Sebanyak 1,105 kes HIV/AIDS baharu dilaporkan di bandar itu dari Januari hingga Oktober, iaitu penurunan 21 peratus berbanding tahun lalu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing. - Gambar hiasan/AP
BEIJING: Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad, lapor Xinhua.
Sebanyak 1,105 kes HIV/AIDS baharu dilaporkan di bandar itu dari Januari hingga Oktober, iaitu penurunan 21 peratus berbanding tahun lalu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing.
Sebahagian besar kes berpunca daripada jangkitan daripada hubungan seksual, manakala penularan melalui suntikan akibat penyalahgunaan dadah kekal pada tahap yang agak rendah.
Ketika ini, Beijing merekodkan kira-kira 28,000 penghidap HIV dan pesakit AIDS.
Jumlah kes baharu terus menunjukkan penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah keseluruhan tahun lalu turun sebanyak 49 peratus berbanding 2015.
Bersempena Hari AIDS Sedunia pada Ahad, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing mengingatkan orang ramai agar terus meningkatkan kesedaran kesihatan dan pencegahan penyakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Beijing
#penurunan kes HIV baharu
#AIDS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan