awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik masih terputus di selatan Thailand

Bernama
Bernama
08/04/2017
10:31 MYT
Bekalan elektrik masih terputus di selatan Thailand
Pihak berkuasa berkawal di daerah Yaring, Pattani selepas insiden serangan sabotaj di wilayah tersebut. - Foto Reuters
Bekalan elektrik di sebahagian besar wilayah Pattani selatan Thailand masih terputus, sehari selepas serangan khianat terhadap lebih daripada 50 tiang elektrik di wilayah bergolak itu semalam.
Kerja-kerja pihak berkuasa untuk memulihkan semula bekalan elektrik di wilayah itu berjalan perlahan kerana terpaksa berdepan bahaya berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup daripada kejadian semalam.
"Usaha-usaha memulihkan sistem bekalan elektrik terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana pekerja terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugas berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup," kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi hari ini.
Selain di Pattani, pekerja-pekerja syarikat utiliti tempatan turut menemui tiga butir bom berhampiran tiang-tiang elektrik di wilayah Narathiwat.
Dalam kejadian awal pagi semalam, lebih daripada 50 tiang elektrik di Pattani, Narathiwat, Songkhla dan Yala tumbang selepas dibom oleh individu tidak dikenali.
Kira-kira 40 butir bom buatan sendiri meletup dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam, mengakibatkan sebahagian besar kawasan di empat wilayah bergolak itu bergelap kerana terputus bekalan elektrik.
Menurut Piyawat, banyak kilang terutamanya yang memproses hasil perikanan yang menjadi satu daripada sumber ekonomi wilayah itu terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Elektrik Negara di Pattani Suthon Boonprasong berkata, kejadian serangan khianat semalam telah mengakibatkan kerugian 100 juta Baht (kira-kira RM12.6 juta).
Seorang penduduk yang enggan mendedahkan namanya berkata, serangan khianat itu meninggalkan kesan buruk terhadap kehidupan penduduk yang amat bergantung kepada bekalan elektrik.
"Ibu saya yang uzur dan terbaring di katil terpaksa bergelut kerana ketiadaan bekalan elektrik," menurut beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#bom
#khianat
#selatan thailand
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan