awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan baharu

Bernama
Bernama
25/03/2024
06:17 MYT
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan baharu
Iswaran sebelum ini didakwa pada 18 Jan dengan 27 pertuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Sinar Harian
SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran sekali lagi didakwa di mahkamah pada Isnin dengan lapan pertuduhan tambahan kerana memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam.
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata Iswaran, 61, didakwa memperoleh hadiah itu dengan nilai keseluruhan kira-kira S$18,956.94 daripada Lum Kok Seng, yang diketahuinya berkaitan transaksi perniagaan yang mempunyai kaitan dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Pengangkutan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara November 2021 hingga November 2022 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut laporan Straits Times (ST), Iswaran mengaku tidak bersalah ketika ditanya oleh Hakim Daerah Brenda Tan.
Mengikut kertas pertuduhan, barangan itu termasuk botol wiski, kayu golf dan sebuah basikal Brompton, menurut laporan itu.
Iswaran sebelum ini didakwa pada 18 Jan dengan 27 pertuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan.
Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan boleh didenda, dihukum penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Menteri Pengangkutan Singapura
#S Iswaran
#pertuduhan tambahan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan