awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta

Agensi
Agensi
07/11/2020
12:06 MYT
Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Kejadian itu dikatakan berlaku berhampiran rumah Siawash dan kesemua mereka yang maut berada dalam kenderaan itu. - Foto AP
KABUL:Seorang bekas penyampai stesen televisyen di Afghanistan antara tiga yang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom kereta di ibu kota Kabul, Afghanistan pada Sabtu.
Lapor agensi berita AP yang memetik jurucakap polis, Ferdaws Faramarz, selain Yama Siawash, identiti dua lagi mangsa yang turut terbunuh dalam letupan itu belum dikenal pasti.
Katanya, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya di sini pada Sabtu.
Berdasarkan laporan awal, kejadian itu dikatakan berlaku berhampiran rumah Siawash dan kesemua mereka yang maut berada dalam kenderaan itu.
Seorang saksi, Mohammad Rafi berkata, ayah dan abang Siawash adalah individu pertama yang sampai ke lokasi sebaik letupan itu berlaku.
Siawash dikenali sebagai penyampai program politik di stesen televisyen TOLO yang terkenal di negara itu.
Keganasan di Afghanistan meningkat sejak kebelajangan ini dengan serangan kumpulan Daesh terhadap Universiti Kabul baru-baru ini mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang.
Mereka terbunuh selepas pengganas Daesh menyerbu universiti utama Afghanistan itu menggunakan pengebom nekad dan melepaskan tembakan rambang dalam serangan mengambil masa beberapa jam itu.
Serangan itu berlaku ketika berlangsung rundingan kerajaan Afghanistan dengan pihak Taliban untuk menamatkan perang di negara itu.
Topic Berkaitan
#pembaca berita maut
#letupan bom kereta
#Daesh
#Afghanistan
#keganasan
#serangan
#tembakan
#pengganas
#politik
#letupan
#bom
#kereta
#Kabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan