awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2017
12:49 MYT
Bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh
Al-Jazeera melaporkan bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh dilapor terbunuh di Sana'a. - Gambar fail
Bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan militan Houthi di Sana'a pada Isnin.
Memetik sumber dalaman parti Kongres Rakyat pimpinan beliau, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan Saleh dibunuh peluru penembak.
Satu rakaman video diedarkan pihak Houthi di media sosial menunjukkan seakan mayat Saleh, berpakaian kelabu, sedang diangkat di atas sehelai selimut merah. Bahagian tepi kepalanya terdapat luka yang dalam.
Rakaman yang belum disahkan itu menunjukkan militia bersenjata membentangkan selimut yang membawa mayat itu sambil berteriak 'Puji-pujian bagi Tuhan!' dan "Hai Ali Affash!' iaitu nama lain untuk Saleh.
Terdahulu, stesen radio milik Kementerian Dalam Negeri Yaman yang dikendalikan pihak Houthi, telah mengesahkan kematian Saleh, namun parti beliau menafikannya kepada pihak Reuters.
Pada awal Isnin, kumpulan pemberontak Houthi telah meletupkan rumah Saleh di Sana'a dan menurut penduduk tempatan, pihak itu diserang pesawat tempur pimpinan Arab Saudi untuk hari kedua.
Serangan yang mendapat sokongan Amerika Syarikat itu telah membunuh ratusan orang awam, namun masih gagal menghasilkan sebarang kejayaan untuk gabungan itu sejak ia memulakan operasi serangan tiga tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Al Arabiya
#Ali Abdullah Saleh
#Bekas Presiden
#Houthi
#mati
#Terbunuh
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan