awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belon pengintip: Setiausaha AS selar tindakan China

Bernama
Bernama
04/02/2023
04:10 MYT
Belon pengintip: Setiausaha AS selar tindakan China
Blinken berkata tindakan itu jelas melanggar kedaulatan AS dan undang-undang antarabangsa. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menyifatkan insiden belon pengintip yang dikesan di ruang udara AS sebagai satu tindakan "tidak bertanggungjawab" dan "tidak boleh diterima".
Beliau berkata tindakan itu jelas melanggar kedaulatan AS dan undang-undang antarabangsa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Beliau berkata dunia mengharapkan AS dan China menguruskan hubungan mereka secara bertanggungjawab dan AS berusaha untuk berbuat demikian dan mengharapkan perkara yang sama dari China.
"AS akan terus mengekalkan komunikasi terbuka dengan China termasuk untuk menangani insiden itu," kata Blinken.
Keutamaan Washington adalah untuk mengalihkan belon itu dari ruang udaranya namun, beliau tidak mengulas lanjut bagaimana ia akan dilakukan.
Blinken yang membatalkan lawatannya ke China susulan pencerobohan itu berkata beliau akan melawat Beijing sebaik keadaan mengizinkan.
Bagaimanapun, Blinken berkata: "tingkah laku China menjelang lawatan itu merosakkan perbincangan substantif yang telah kami aturkan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Antony Blinken
#China
#belon pengintip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan