awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang bola golf dicuri, seorang lelaki tembak anjing sehingga mati

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
02:43 MYT
Berang bola golf dicuri, seorang lelaki tembak anjing sehingga mati
Foto penahanan lelaki tersebut dikongsi oleh Pesuruhjaya Biro Perundingan Polis Puerto Rico, Coronel Antonio Lopez Figueroa. - Foto Twitter/Coronel Antonio Lpez Figueroa
SEORANG lelaki ditahan selepas menembak mati seekor anjing hanya kerana haiwan berkenaan dikatakan mencuri bola golf miliknya.
Kejadian berlaku di Resort Wyndham Grand Rio Mar, Puerto Rico pada Sabtu lepas.
Menurut polis, Salil A Zaveri, 60, menembak anjing berkenaan beberapa kali menggunakan pistol 9 mm pada jam 6 petang di resort berkenaan, memetik laporan ABC News.
Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zaveri Consulting itu telah dibebaskan dengan jaminan AS$60,000 dengan syarat pasport dan lesen memandu diserahkan kepada polis.
Foto penahanan lelaki tersebut dikongsi oleh Pesuruhjaya Biro Perundingan Polis Puerto Rico, Coronel Antonio Lopez Figueroa di akaun Twitter miliknya pada Ahad serta memuji tindakan pegawainya dalam menahan lelaki berkenaan.
"Atas tindakan pantas anggota polis saya, hari ini kami berjaya membawa penjenayah ini ke muka pengadilan," katanya dalam catatan tersebut.
Sementara itu Naib Presiden Resort Wyndham Grand Rio Mar, Dave Dececco memberitahu portal berita Newsweek, mereka akan memberi kerjasama penuh kepada polis susulan insiden berkenaan.
"Kami sangat terkesan dengan insiden yang berlaku di premis kami dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa semasa siasatan dijalankan.
"Pada masa ini kami tidak dapat memberi sebarang komen mengenai insiden itu," kata Dececco seperti dipetik Newsweek.
Topic Berkaitan
#lelaki
#tembak
#mati
#anjing
#bola golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan