awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2021
15:47 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 3 Januari 2021.
1) COVID-19: Kes positif global lepasi 84.4 juta, angka korban 1.83 juta
Hari ketiga tahun 2021 menyaksikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global melepasi angka 83.83 juta.
2) COVID-19: UK benarkan campur dos dari pengeluar berbeza
United Kingdom (UK) akan membenarkan orang ramai diberi suntikan vaksin COVID-19 dari pengeluar berbeza atau mencampurkan dos walaupun belum ada bukti keberkesanannya.
3) COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin
Seorang pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.
4) Pro Trump lancar usaha akhir sekat Biden
Sekumpulan senator Amerika Syarikat melancarkan usaha terakhir bagi menyekat kemenangan Presiden dipilih Joe Biden.
5) COVID-19: Rumah pemimpin AS diserang, didesak naikkan elaun
Ia dipercayai kerana kongres tidak meluluskan permohonan dana bagi membantu golongan yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
6) COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua
Jepun mempertimbangkan pengisytiharan darurat selepas gabenor ibu kota mendesak tindakan itu segera diambil susulan lonjakan kes baharu COVID-19.
7) COVID-19: 27 warga emas meninggal dunia selepas sertai parti di Belgium
Pihak berkuasa di Belgium mengesahkan warga emas yang ke-27 meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di rumah jagaan di Mol, Belgium, pada Sabtu.
8) COVID-19: Rakyat Rusia divaksin diberi sijil elektronik
Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko berkata, sijil ini secara automatik tersedia di sebuah portal dalam talian untuk perkhidmatan awam bernama Gosuslugi bermula 1 Januari.
9) Boris Johnson mungkin kalah dalam pilihan raya seterusnya - Tinjauan
Perdana Menteri Britain Boris Johnson kemungkinan akan kehilangan kedudukannya dan kedua-dua parti politik utama dijangka tidak akan memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang.
10) Pengacara veteran, Larry King, dirawat di hospital akibat jangkitan COVID-19
Pengacara program bual bicara veteran Amerika Syarikat, Larry King, dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, lapor media negara itu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita luar negara
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Donald Trump
#Boris Johnson
#Larry King
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan