awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berkorban tanpa gaji demi pendidikan anak-anak pelarian Syria

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/01/2022
00:31 MYT
Berkorban tanpa gaji demi pendidikan anak-anak pelarian Syria
Sekolah berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memulihkan kembali semangat dan keyakinan kanak-kanak pelarian Syria daripada trauma peperangan yang mencapai usia sedekad lamanya. -Astro AWANI/Afiezy Azaman
GAZIANTEP: Setelah empat tahun ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak pelarian Syria mendapat akses pelajaran tidak formal, Maahad Anuar masih tidak mampu membayar gaji guru-guru yang mengajar di sekolah berkenaan.
Malah, guru-guru yang bertugas di sekolah itu menjadi sukarelawan dengan harapan agar kanak-kanak pelarian Syria mempunyai asas pengetahuan terutamanya dalam ilmu agama.
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati sekolah berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif memulihkan kembali semangat dan keyakinan kanak-kanak pelarian Syria daripada trauma peperangan yang mencapai usia sedekad lamanya.
Menurut seorang sukarelawan, Rafah, guru-gurunya juga turut mengajar di sebahagian masjid sekitar Gaziantep dan mempunyai keseluruhan seramai 2,000 pelajar.
"Terdapat 16 guru yang mana enam daripada mereka merupakan ibu tunggal yang kehilangan suami akibat daripada konflik yang berlaku.
"Antara subjek yang diajar termasuk Bahasa Turki dan Arab, Akhlak, Al-Quran, Sirah serta mampu menghasilkan hafiz dan hafizah dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
"Bagi peringkat umur pelajar pula, antara tiga hingga belasan tahun diterima untuk belajar di sekolah ini," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Bangunan ini telah diwakafkan sebagai sekolah pelarian kanak-kanak Syria.
Namun untuk beroperasi setiap bulan, ia memerlukan kos yang sangat tinggi bagi menampung keperluan harian seperti buku, makanan, kertas dan aktiviti harian pelajarnya.
Ada di antara pelajar yang telah tamat pelajaran turut menjadi sukarelawan di sekolah tersebut.
Maahad Anuar hanya menerima bantuan melalui sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Turki dan Syria untuk kelangsungan operasinya setakat ini.
Tambah Rafah, kanak-kanak pelarian Syria yang kehilangan ibu bapa dan menjadi pelajar di sekolah berkenaan semakin meningkat setiap hari, sekali gus memerlukan kos yang lebih tinggi untuk mengekalkan operasinya.
Justeru, dia merayu sumbangan orang ramai untuk menyalurkan bantuan agar akses pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria dapat diteruskan.
Layari pautan ini untuk bantu meringankan beban mereka: https://infaksyria.com/donations/musim-sejuk/
Misi Syria | Guru tanpa gaji, demi pendidikan anak-anak pelarian Syria
Topic Berkaitan
#Syria
#Maahad Anuar
#kanak-kanak pelarian Syria
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan