awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bette Nash, pramugari tertua di dunia berkhidmat di 'awan biru'

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2022
03:32 MYT
Bette Nash, pramugari tertua di dunia berkhidmat di 'awan biru'
Nash yang berusia 86 tahun memulakan kerjayanya sebagai pramugari pada 1957 dan telah berkhidmat selama 65 tahun.- Gambar Facebook
SEORANG pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa, American Airlines, Bette Nash diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.
Nash, 86, yang berasal dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat memulakan kerjayanya sebagai pramugari pada 1957 ketika berusia 21 tahun dan kini telah berkhidmat selama 65 tahun.
Memetik laporan media antarabangsa, sebagai pramugari 'senior', Nash boleh memilih laluan penerbangannya dan sebahagian besar karier dia melakukan penerbangan ulang alik New York-Washington-Boston.
Ini bagi membolehkan dia pulang setiap malam untuk menjaga anak lelakinya yang kurang upaya.
Menceritakan permulaan kerjaya, Nash berkata, ketika itu penumpang membeli insurans hayat daripada mesin layan diri sebelum menaiki pesawat.
Foto/Facebook
Guinness World Records mengiktiraf Bette Nash sebagai pramugari paling tua di dunia - Foto/Facebook
Katanya lagi, syarikat penerbangan akan turut 'memeriksanya' di rumah untuk memastikan dia tidak tinggal bersama lelaki kerana pramugari perlu berstatus bujang.
Syarikat penerbangan itu juga menimbang berat badannya sebelum memulakan syif dan boleh menggantungnya jika berat badannya bertambah, ujar Nash lagi.
"Anda perlu mempunyai ketinggian tertentu dan mempunyai berat tertentu. Dulu ngeri.
"Jika berat anda bertambah beberapa kilogram, anda perlu terus menimbang diri dan kemudian jika ia kekal seperti itu, mereka akan 'memotong' gaji anda," katanya.
Topic Berkaitan
#Bette Nash
#Pramugari paling tua di dunia
#Pramugari paling lama berkhidmat
#American Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan