awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19

Bernama
Bernama
24/07/2024
12:30 MYT
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Biden yang diuji positif COVID-19 Rabu lepas, telah menjalani pengasingan di rumah percutiannya di Pantai Rehoboth, Delaware, lapor Agensi Anadolu.
Beliau memberi hormat dan tersenyum kepada wartawan yang menjerit soalan ketika beliau keluar dari iring-iringan kenderaannya di Pangkalan Tentera Udara Dover sebelum menaiki Air Force One.
"Tonton dan dengar. Mengapa anda tidak menunggu dan mendengar apa yang saya katakan?" Biden berkata ketika ditanya mengenai ucapan Pejabat Ovalnya yang ditetapkan pada petang Rabu.
Seorang lagi wartawan bertanya mengapa Biden menarik diri daripada pilihan raya presiden, yang beliau menoleh dan ketawa sebelum berjalan ke kereta negara presiden, yang digelar "The Beast."
Biden akan berucap kepada negara dari Pejabat Oval pada Rabu selepas beliau mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan presiden melalui hantaran di platform X pada hujung minggu.
Pengumumannya dibuat selepas desakan yang semakin meningkat daripada kumpulan Demokrat yang menggesanya untuk menamatkan kempen pemilihan semula berikutan prestasi debat yang lemah menentang calon Republikan Donald Trump pada Jun yang seterusnya menimbulkan persoalan tentang kecergasan mentalnya dan keupayaannya untuk mengalahkan bekas presiden itu pada November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Joe Biden
#COVID-19
#Rumah Putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan