awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bocor rahsia negara, Imran Khan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

Bernama
Bernama
30/01/2024
10:00 MYT
Bocor rahsia negara, Imran Khan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
Khan (foto) dituduh mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada tahun 2022. -Gambar fail/Reuters
ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan dan diplomat tertingginya Shah Mahmood Qureshi atas pertuduhan membocorkan "rahsia negara."
Hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Abual Hasnat Mohammad Zulqarnain di Penjara Adiala Rawalpindi, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan, ARY News.
Peguam Khan, Gohar Ali Khan, bagaimanapun berkata parti Pakistan Tehreek-e-Insafnya (PTI) akan mencabar hukuman itu di Mahkamah Tinggi Islamabad.
Gohar juga merupakan ketua parti PTI.
"Kami akan mencabar hukuman ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung Islamabad dan berharap kami akan mendapat keadilan," katanya kepada pemberita.
Khan dituduh mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada tahun 2022.
Bekas pemain kriket yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2018 hingga 2022 itu disingkirkan selepas gagal dalam undi percaya di Parlimen pada April 2022, kurang setahun sebelum menamatkan penggal perkhidmatannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#hukuman penjara 10 tahun
#Shah Mahmood Qureshi
#bocor rahsia negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan