awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan

Agensi
Agensi
17/09/2024
06:01 MYT
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Suhu mencecah 30 darjah Celsius di seluruh Portugal pada hujung minggu dan Isnin, dan ia dijangka kekal tinggi sehingga Selasa. - Foto Reuters
NELAS: Anggota bomba daerah Nelas, Portugal dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman pada Isnin.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua orang maut apabila kebakaran hutan melanda tengah dan utara Portugal.
Ini sekali gus mendorong pihak berkuasa untuk memindahkan penduduk perkampungan, menutup lebuh raya dan meminta pesawat pengebom air tambahan dari Kesatuan Eropah.
Suhu mencecah 30 darjah Celsius di seluruh Portugal pada hujung minggu dan Isnin, dan ia dijangka kekal tinggi sehingga Selasa.
Portugal dan negara jiran, Sepanyol, mencatatkan kejadian kebakaran lebih sedikit berbanding biasa selepas hujan mula turun pada tahun ini.
Tetapi kedua-dua negara tetap terdedah kepada keadaan yang semakin panas dan kering yang mana para saintis menyalahkan pemanasan global.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Portugal
#bomba
#evakuasi penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan