awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Lapan wanita maut, 86 PATI diselamatkan

Agensi
Agensi
08/01/2018
03:24 MYT
Bot karam: Lapan wanita maut, 86 PATI diselamatkan
LAPAN wanita maut manakala 86 PATI berjaya diselamatkan selepas bot getah yang digunakan untuk menyelinap masuk ke Eropah karam di Laut Mediterranean. - Gambar Reuters
Sekurang-kurangnya lapan wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) mati dan 86 yang lain berjaya diselamatkan selepas bot getah yang digunakan untuk menyelinap masuk ke Eropah karam di Laut Mediterranean di luar pantai Libya, menurut pengawal pantai Itali.
Semua lapan mangsa yang mati adalah wanita.
Rakaman dramatik yang dikeluarkan oleh pengawal pantai Itali menunjukkan kesemua PATI itu berpaut di perahu getah yang hampir tenggelam dan penyelamat berenang ke arah mereka untuk membantu memindahkan ke dalam kapal penyelamat.
Menurut pengawal pantai Itali lebih ramai lagi jumlah pendatang yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu dan usaha mencari masih giat dijalankan.
Pengawal pantai Itali, yang menyelaraskan operasi menyelamat di perairan antarabangsa di pantai Libya, mendakwa sebuah kapal rondaan untuk operasi antipenyeludupan Eropah telah melihat bot yang digunakan PATI mengalami masalah pada Sabtu.
Tentera laut dan pengawal pantai Itali terlibat dalam usaha menyelamat.
Topic Berkaitan
#bot
#hilang
#Itali
#karam
#Libya
#mangsa
#mati
#maut
#operasi
#tentera
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan