awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain 'u-turn', arah pelancong Sepanyol jalani kuarantin 14 hari

Agensi
Agensi
26/07/2020
02:35 MYT
Britain 'u-turn', arah pelancong Sepanyol jalani kuarantin 14 hari
Kementerian Luar Negeri Britain turut mengumumkan dan mengesyorkan agar perjalanan penting sahaja dilakukan dalam tempoh ini kecuali ke Sepanyol. - Foto AP
BRITAIN mengarahkan semua pelancong yang tiba dari Sepanyol untuk menjalani proses kuarantin selama dua minggu berikutan berlaku pertambahan kes baharu jangkitan COVID -19 di negara itu.
Kuarantin yang berkuat kuasa mulai tengah malam pada Sabtu menyebabkan semua pelancong Sepanyol sukar untuk mengelakkannya dengan bergegas pulang.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri Britain turut mengumumkan dan mengesyorkan agar perjalanan penting sahaja dilakukan dalam tempoh ini kecuali ke Sepanyol.
Langkah berkenaan mendorong pengusaha pelancongan membatalkan tawaran pakej percutian sehingga mencetuskan tuntutan terhadap syarikat insurans.
Dalam masa sama, Pelancong Britain yang baru pulang dari Sepanyol juga dikenakan kuarantin sebaik pulang dari negara itu.
Kerajaan Britain menggesa majikan untuk memahami pekerja yang tidak dapat kembali bekerja selama dua minggu setelah kembali dari percutian.
Langkah Britain ini diikuti oleh negara Eropah lain bermula minggu ini dengan Norway menguat kuasa semula syarat kuarantin selama 10 hari bagi mereka yang tiba dari Sepanyol sementara Perancis menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan ke wilayah timur laut Catalonia.
Sepanyol dalam pada itu bertindak balas terhadap langkah Britain dengan menyatakan negara itu berada dalam keadaan selamat daripada wabak itu serta terkawal.
Bagaimanapun Kementerian Luar Sepanyol menyatakan mereka menghormati keputusan Britain.
Topic Berkaitan
#Britain
#coronavirus
#COVID-19
#Kementerian Luar
#Kementerian Luar Negeri Britain
#kerajaan
#pelancong
#pelancongan
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan