awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRN mahu rundingan damai diteruskan selepas Pilihan Raya Umum Thailand

Bernama
Bernama
05/04/2023
16:17 MYT
BRN mahu rundingan damai diteruskan selepas Pilihan Raya Umum Thailand
Ketidakhadiran BRN dalam mesyuarat di Kuala Lumpur itu menimbulkan pelbagai persoalan akan kemajuan proses perdamaian itu. - Gambar Astro AWANI
PATTANI: Barisan Revolusi Nasional (BRN) tidak hadir pada mesyuarat teknikal Pelan Komprehensif Kerjasama ke arah Pendamaian (JCPP) di Kuala Lumpur dari 14-17 Mac kerana Thailand bakal menyaksikan pilihan raya umum.
"BRN tidak mahu perbincangan yang diadakan (sekarang) diulang semula sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas pilihan raya nanti," kata sumber BRN kepada Bernama ketika dihubungi pada Rabu.
BRN mahu rundingan damai dan mesyuarat teknikal dengan kerajaan Thailand diteruskan selepas PIlihan Raya Umum Thailand pada 14 Mei ini.
Ketidakhadiran BRN dalam mesyuarat di Kuala Lumpur itu menimbulkan pelbagai persoalan akan kemajuan proses perdamaian itu.
Proses rundingan damai antara pihak kerajaan Thailand dengan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, BRN bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik.
Malaysia adalah fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik di wilayah selatan iaitu di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla. Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai itu ialah bekas panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.
Pada 22 Februari, PEDP dan BRN telah sepakat membentuk JCPP sebagai pelan hala tuju untuk 2023-2024 dalam mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#mesyuarat teknikal
#konflik bersenjata
#rundingaan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan