awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 3 tahun dibunuh ibu bapa, mayat disumbat dalam peti ais

Agensi
Agensi
02/01/2017
13:35 MYT
Budak 3 tahun dibunuh ibu bapa, mayat disumbat dalam peti ais
Pasangan yang ditangkap pada bulan Mei itu didapati memukul dan mendera anak mereka hingga meninggal dunia dan menyimpan mayat di dalam peti sejuk selama seminggu. -Gambar hiasan
Satu pasangan suami isteri di Kuwait dijatuhi hukuman mati pada Isnin setelah didapati bersalah menyebabkan kematian anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.
Menurut kenyataan, pasangan yang ditangkap pada bulan Mei itu didapati memukul dan mendera anak mereka hingga meninggal dunia dan menyimpan mayat di dalam peti sejuk selama seminggu, lapor AFP.
Menurut laporan media, tindakan kejam mereka itu didakwa disebabkan tidak tahan mendengar suara anak perempuan mereka yang tidak berhenti menangis.
Bapa mangsa, Salem Buhan, 26 tahun, dan ibunya yang berusia 23 tahun, Amira Hussein, didakwa membunuh selepas polis menemui kesan lecur di bahu dan kaki pada mayat kanak-kanak tersebut.
Dilaporkan pasangan yang merupakan penagih dadah itu akan dihukum gantung sampai mati.
Keputusan itu walau bagaimanapun tidak muktamad kerana ia perlu dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung.
Topic Berkaitan
#dera anak
#gantung sampai mati
#hukuman mati
#penagih dadah
#Salem Buhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan