awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 8 tahun cuba diseludup ke Sepanyol dalam beg pakaian

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2015
13:37 MYT
Budak 8 tahun cuba diseludup ke Sepanyol dalam beg pakaian
Budak 8 tahun cuba diseludup ke Sepanyol dalam beg pakaian.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui di dalam sebuah beg pakaian dalam satu cubaan untuk menyeludupnya ke Sepanyol dari Maghribi.
Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Abou itu dibawa oleh seorang gadis berusia 19 tahun ke Ceuta, Sepanyol, sebuah daerah di sebelah Maghribi, pada Khamis.
Menurut kenyataan, polis menahan gadis itu apabila dia kelihatan ragu-ragu ketika merentasi sempadan di Ceuta, lapor BBC.
Polis berkata mereka pada mulanya mengesyaki beg itu mungkin mengandungi dadah, namun apabila beg pakaian suspek diperiksa, mereka menemui kanak-kanak itu dalam keadaan yang menyedihkan.
Laporan turut menyebut bahawa ini merupakan kali pertama mereka mengesan cara penyeludupan kanak-kanak sebegitu rupa.
Kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa sehingga sesi pendengaran di mahkamah.
Dalam perkembangan sama, seorang lelaki yang dikenali sebagai A.O - dipercayai ayah kepada kanak-kanak itu - diberkas beberapa jam selepas wanita itu ditahan.
Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mempunyai hak residensi di Sepanyol lantas mendorong pasangan tersebut untuk menyeludupnya secara haram.
Majistret Ceuta pada Jumaat akan mendakwa suspek atas tuduhan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#A.O.
#beg pakaian
#Kanak-kanak
#Maghribi
#seludup
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan