awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan senang jadi wartawan pada 2017!

APTN
APTN
30/12/2017
20:37 MYT
Bukan senang jadi wartawan pada 2017!
Antara dua wartawan yang terbunuh pada 2017 ketika menjalankan tugas, Miroslava Breach Velducea dan Daphne Caruana Galizia (foto: Twitter/@IFEX/@PRI Chihuahua)
Sekurang-kurangnya 81 wartawan terbunuh pada 2017 ketika menjalankan tugas.
Angka ini adalah rendah berbanding 93 orang yang dicatatkan pada 2016.
Untuk tempoh yang sama, lebih 250 wartawan dipenjarakan pada 2017.
Lebih merisaukan adalah jumlah wartawan yang diganggu dan berdepan kekejaman ketika menjalankan tugas menunjukkan peningkatan.
Menurut laporan "Kill Report" terbitan organisasi wartawan terbesar dunia, Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ), wartawan ini maut akibat pembunuhan terancang, dalam serangan bom dan pelbagai pertempuran di serata dunia
Antara lokasi yang menyaksikan pembunuhan wartawan yang tinggi termasuk di Mexico, zon konflik di Afghanistan, Iraq dan Syria.
Laporan pemerhati wartawan dari Paris, Reporters Without Borders (RSF) yang diterbitkan pada 20 Disember mengiktiraf tahun 2017 sebagai tahun paling kurang merbahaya untuk wartawan sejak 14 tahun kebelakangan ini.
Menurut RSF, antara penyumbang utama kekurangan jumlah nyawa wartawan yang terkorban adalah disebabkan lebih ramai wartawan tahun ini yang memilih untuk tidak pergi ke kawasan merbahaya yang sedang mengalami situasi perang.
Sementara itu, pertubuhan Committee to Protect Journalists (CPJ) dalam laporan yang diterbitkan awal Disember mendedahkan bahawa terdapat 262 wartawan yang sedang dipenjarakan kerana laporan berita mereka pada tahun 2017.
Topic Berkaitan
#2016
#Afghanistan
#bom
#Iraq
#Mexico
#Paris
#serangan
#Syria
#wartawan
#wartawan dipenjarakan ketika bertugas
#wartawan terbunuh ketika bertugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan