awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' satu jenaka - White House

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
21:40 MYT
Buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' satu jenaka - White House
Sarah Huckabee Sanders berkata, White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump terbukti berjaya pada tahun pertamanya. REUTERS / Fail
White House menyifatkan buku "Fire and Fury: Inside the Trump White House" yang menggambarkan imej negatif mengenai Presiden Amerika Syarikat dan pentadbirannya sebagai 'memalukan' dan 'satu jenaka'.
Setiausaha Akhbar White House, Sarah Huckabee Sanders sebaliknya menyifatkan Presiden Donald Trump sebagai pemimpin yang hebat dan kuat.
Buku berkenaan hasil tulisan Michael Wolff yang memetik kenyataan bekas pembantu kanan Trump, Steve Bannon.
Kata Sanders, White House di bawah pentadbiran Trump terbukti berjaya pada tahun pertamanya.
"Sekiranya beliau (Trump) tidak layak, beliau tidak akan berada di sini, menewaskan calon-calon lain yang mana pemilihan beliau dalam parti Republikan mencipta sejarah sendiri," tegasnya pada satu sidang media di White House.
BACA: Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House'
Sanders juga mendakwa Steve Bannon tidak mempunyai kredibiliti menyumbang pendapat dalam kandungan buku berkenaan, kerana tempoh perkhidmatan di White House yang singkat.
Buku berkenaan juga dianggap satu kesilapan besar.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Buku
#Donald Trump
#Media
#pemilihan
#presiden
#Sarah Huckabee Sanders
#Steve Bannon
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan