awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh isteri angkara curang, lelaki dipenjara 24 tahun

Faida Rahim
Faida Rahim
02/12/2022
08:54 MYT
Bunuh isteri angkara curang, lelaki dipenjara 24 tahun
Dawson didakwa pada 2018 selepas podcast The Teacher's Pet mendapat perhatian global sekaligus mendorong siasatan baru, membantu membina bukti yang mencukupi untuk menguatkan tuduhan.- fotoBernama
SYDNEY: Seorang bekas guru sekolah dan bintang liga ragbi Sydney, Chris Dawson dipenjara 24 tahun atas kesalahan membunuh isterinya Lynette, sekali gus menamatkan kempen beberapa dekad menuntut keadilan.
Memetik laporan BBC News, lelaki berusia 74 tahun itu dilaporkan tidak sihat, mahkamah turut diberitahu Dawson berkemungkinan akan mati di dalam penjara.
Dawson akan berusia 92 tahun apabila dia layak mendapat parol buat pertama kali, selepas 18 tahun penjara, pada bulan Ogos 2040.
Dawson didapati bersalah pada Ogos tahun ini kerana membunuh isterinya pada tahun 1982 kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelajar sekolah menengah yang juga seorang pengasuh.
Isterinya, Lynette Dawson dilaporkan hilang dari rumah pasangan itu yang terletak di utara Sydney pada Januari 1982. Namun, Lynette dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya tidak pernah ditemui walaupun pencarian meluas telah dijalankan.
Dalam masa sama, keluarga isterinya turut merayu kepada Dawson untuk mendedahkan lokasi keberadaan mayat.
Dawson didakwa pada 2018 selepas podcast The Teacher's Pet mendapat perhatian global sekali gus membuka lebaran untuk siasatan baharu, membantu membina bukti yang mencukupi untuk menguatkan tuduhan.
Sementara itu, Dawson berhujah bahawa tanggapan meluas yang dibawa naratif kandungan podcast itu membawa makna bahawa dia tidak dapat menerima perbicaraan yang adil.
Dawson telah memfailkan rayuan terhadap sabitannya dan akan dihakimi pada 2023.
Topic Berkaitan
#Sydney
#Chris Dawson
#The Teacher's Pet
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan