awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Burung camar jadi jingga selepas jatuh ke dalam tong sos kari

Agensi
Agensi
09/06/2016
14:38 MYT
Burung camar jadi jingga selepas jatuh ke dalam tong sos kari
Burung camar yang kemudian mendapat jolokan nama Gullfrazie itu mungkin sakit atau mati jika tidak segera diselamatkan dan dirawat. - Foto sumber Hospital Hidupan Liar Vale
Seekor burung camar menerima nasib ‘malang’ berganda apabila bukan saja tidak dapat mendapat habuan daging yang cuba dicuri dari sebuah kilang makanan, malah terjatuh pula ke dalam sebuah tong berisi sos kari.
Kejadian itu mengejutkan pekerja di kilang memproses makanan itu, lebih-lebih lagi apabila burung yang diangkat keluar dari tong tersebut bertukar warna menjadi jingga terang.
Portal berita The Telegraph melaporkan, burung itu cuba mencuri cebisan daging namun tidak dapat mengawal penerbangannya yang tergopoh-gopoh lalu terjatuh ke dalam sebuah bekas sos kari tikka masala.
Oleh kerana kesedaran melindungi hidupan liar menjadi tanggungjawab orang awam, burung itu segera dikeluarkan dari tong itu dan digegaskan ke Hospital Hidupan Liar Vale di Tewkesbury.
“Burung itu menjadi warna jingga terang. Selama ini kami pernah membersihkan burung yang diselaputi minyak dan gam, namun tidak pernah pula berdepan situasi sebegini,” ujar jururawat veterinar Lucy Kells.
Tambahnya, burung camar yang kemudian mendapat jolokan nama Gullfrazie itu mungkin sakit atau mati jika tidak segera diselamatkan dan dirawat.
“Ia mudah dibersihkan kerana tidak berada dalam tong itu terlalu lama. Mujur serbuk kunyit yang digunakan dalam sos itu tidak merosakkan bulu-bulunya dengan teruk,” kata Kells.
Proses pembersihan burung itu turut dimuat naik di akaun YouTube hospital berkenaan.
Topic Berkaitan
#burung camar
#hidupan liar
#hospital Vale
#Tewkebusry
#tong sos kari
#Wales
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan