awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj lebih tinggi bagi kenderaan asing masuk Singapura mulai 1 Ogos

Bernama
Bernama
01/07/2014
04:56 MYT
Caj lebih tinggi bagi kenderaan asing masuk Singapura mulai 1 Ogos
Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi
Bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga Pengangkutan Darat (VEP) hari ini.
Dalam kenyataan di sini, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan.
Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.
Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.
Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari.
Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain (waktu VEP ini dilanjut untuk bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura).
Lembaga itu memaklumkan kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014.
Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan.
Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Pengguna juga boleh melayari www.lta.gov.sg> 'Roads & Motoring > Driving In and Out of Singapore atau menghubungi LTA di 1800-2255 582 (1800-CALL LTA) jika di Singapura atau 65-62255 582, jika membuat panggilan dari negara lain.
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengankutan Darat
#Singapura
#Tambak Johor
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan