awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cebisan mayat dalam ikan jerung milik lelaki dilaporkan hilang

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2023
21:45 MYT
Cebisan mayat dalam ikan jerung milik lelaki dilaporkan hilang
Diego Barria kali terakhir dilihat memandu kenderaan ATV miliknya di pesisir pantai Argentina pada 18 Februari lalu. - Foto Twitter/Deniride
CEBISAN mayat yang ditemui dalam perut seekor ikan jerung telah dikenal pasti sebagai seorang lelaki yang dilaporkan hilang beberapa minggu lepas.
Diego Barria, 32 tahun, kali terakhir dilihat memandu kenderaan 'all-terrain vehicle' (ATV) miliknya di pesisir pantai Argentina pada 18 Februari lalu.
Beberapa hari kemudian, kenderaan miliknya ditemui dengan kesan kerosakan di pantai Rocas Coloradas.
Sejurus itu, usaha mencari dilancarkan bagi mengesan bapa kepada tiga anak ini.
Selepas seminggu pencarian, tiga nelayan memberitahu pengawal pantai mereka menemui cebisan mayat dalam seekor ikan jerung yang telah ditangkap berdekatan dengan lokasi kenderaan ATV Barria ditemui, menurut laporan Associated Press (AP).
Pegawai polis Daniela Millatruz memberitahu, ia kemudian dikenal pasti oleh ahli keluarga berdasarkan tatu yang kelihatan di cebisan mayat itu.
Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui bagaimana Barria meninggal dunia.
"Kami dapat simpulkan bahawa Barria telah terlibat dalam satu nahas dan kami masih menyiasat jika kenderaan lain terlibat," katanya memetik laporan AP.
Topic Berkaitan
#cebisan mayat
#ikan jerung
#Diego Barria
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan