awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cheetah kembali berkeliaran di hutan India selepas tujuh dekad

Bernama
Bernama
17/09/2022
09:48 MYT
Cheetah kembali berkeliaran di hutan India selepas tujuh dekad
Kumpulan pertama haiwan itu dilepaskan ke Taman Negara Kuno, sebuah rizab alam semula jadi seluas 750 kilometer persegi di Madhya Pradesh. - AP
NEW DELHI: Selepas pupus selama beberapa dekad di India, Cheetah akan kembali berkeliaran di hutan di negara itu.
India pada Sabtu menerima lapan ekor cheetah, lima betina dan tiga jantan, dari Namibia di bawah projek memperkenalkan semula spesies kucing besar itu di kawasan perlindungan hidupan liarnya.
Kumpulan pertama haiwan itu dilepaskan ke Taman Negara Kuno, sebuah rizab alam semula jadi seluas 750 kilometer persegi di Madhya Pradesh.
Kolar radio akan dipasang pada setiap ekor cheetah untuk memantau pergerakannya. Cheetah telah diisytiharkan pupus di India pada 1952.
India merancang membawa lebih banyak cheetah dari Afrika Selatan, Namibia dan negara-negara Afrika lain dalam tempoh lima tahun.
"Selain satu usaha untuk program pemulihan spesis, haiwan itu juga dibawa masuk untuk memulihkan semula sumber yang hilang dari ekosistem yang memainkan peranan penting dalam sejarah evolusi mereka," menurut Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim.
Kerajaan akan menggunakan cheetah sebagai spesies penaung untuk memulihara biodiversiti padang rumput, savana dan sistem hutan terbuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheetah
#hutan india
#haiwan liar
#Taman Negara Kuno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan