awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chile pilih presiden baharu ganti Gabriel Boric

Bernama
Bernama
16/11/2025
10:26 MYT
Chile pilih presiden baharu ganti Gabriel Boric
Rakyat Chile tiba untuk mengundi pada pilihan raya presiden di Isla Llingua, 15 November 2025. -Gambar fail/Reuters
BUENOS AIRES: Rakyat Chile keluar mengundi pada Ahad bagi memilih pengganti kepada Presiden Gabriel Boric yang bakal menamatkan penggal pentadbirannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Rakyat Chile mengundi pengganti Presiden Gabriel Boric pada Ahad, dengan calon komunis Jeannette Jara mendahului Jose Antonio Kast, Evelyn Matthei, dan Johannes Kaiser.
  • Bekas menteri buruh dijangka tidak memperoleh majoriti mutlak, mungkin menyebabkan pusingan penentu antara dua calon teratas pada Disember.
  • Kempen pilihan raya di Chile menekankan isu ekonomi, jenayah, dan migrasi; 15.8 juta pengundi layak mengundi dengan keputusan dijangka diumumkan lewat malam.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam tinjauan terkini, calon komunis Jeannette Jara mendahului ahli politik berhaluan kanan Jose Antonio Kast, konservatif Evelyn Matthei dan tokoh sayap kanan ekstrem Johannes Kaiser.
Bagaimanapun, bekas menteri buruh itu dijangka tidak memperoleh majoriti mutlak, sekali gus berkemungkinan membawa kepada pusingan penentu antara dua calon teratas pada Disember.
Selain memilih presiden baharu, hampir separuh anggota Senat dan semua 155 anggota Chamber of Deputies turut dipilih pada Ahad.
Kempen pilihan raya di negara Amerika Selatan itu memberi tumpuan kepada isu ekonomi, jenayah dan migrasi.
Presiden Boric yang berhaluan kiri tidak dibenarkan bertanding semula atas faktor perlembagaan selepas tamat tempoh empat tahun pemerintahannya.
Seramai 15.8 juta pengundi layak mengundi, dengan keputusan dijangka diumumkan lewat malam.
Presiden baharu dijadual mengangkat sumpah pada 11 Mac 2026.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah calon komunis yang mendahului dalam tinjauan terkini untuk menjadi pengganti Presiden di Chile? A: Jeannette Jara.
  • Q: Apakah isu yang diberi tumpuan dalam kempen pilihan raya di Chile? A: Isu ekonomi, jenayah, dan migrasi.
  • Q: Berapa jumlah anggota Chamber of Deputies yang dipilih dalam pilihan raya di Chile? A: 155 anggota.

Topic Berkaitan
#Chile
#Gabriel Boric
#Jeannette Jara
#Jose Antonio Kast
#Evelyn Matthei
#Johannes Kaiser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan