awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China berjaya uji roket boleh mendarat semula seperti SpaceX

Amanz
Amanz
26/06/2024
05:30 MYT
China berjaya uji roket boleh mendarat semula seperti SpaceX
Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST) mengumumkan kejayaan mereka melancarkan roket dengan kemampuan ini di Gurun Gobi. - Gambar/ Amanz
PADA tahun 2022, Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) menyatakan hasrat untuk menggunakan sistem roket yang mampu mendarat semula ke bumi seakan roket yang digunakan SpaceX.
Minggu ini Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST) mengumumkan kejayaan mereka melancarkan roket dengan kemampuan ini di Gurun Gobi.
Ujian dilakukan pada 23 Jun dengan roket yang dilengkapi tiga enjin metana-oksigen cecair berjaya dilancarkan sehingga ketinggian 12 kilometer sebelum mendarat semula ke bumi.
Seperti roket SpaceX Falcon 9, roket SAST mempunyai empat tongkat yang membolehkan pendaratan secara menegak dilakukan.
Roket ini mempunyai diameter 3.5 meter tetapi tahun depan SAST akan melakukan ujian roket dengan diameter empat meter pula dengan kemampuan melancarkan kargo seberat 6,500 kilogram ke orbit 300 kilometer dari bumi.
Perancangan seterusnya ialah roket dengan diameter tujuh meter pula dengan kemampuan melancarkan kargo seberat 20,000 kilogram ke orbit 300 kilometer dari bumi.
Roket yang boleh kembali mendarat ke bumi dan dikitar semula akan mengurangkan kos pelancaran berbanding roket Long March yang digunakan CNSA untuk misi mereka sekarang. - Amanz
Topic Berkaitan
#China
#roket angkasa
#SpaceX
#roket boleh mendarat semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan