awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China 'cancel' Uncle Roger

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2023
22:50 MYT
China 'cancel' Uncle Roger
Nigel Ng mempersenda Beijing sebagai 'negara pengintip' dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan. - Foto Agensi/Sinar Harian
BEIJING: China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger selepas dia mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.
Gurauan melampau Ng membawa padah apabila dia kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo.
Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan akaun tersebut didapati melanggar peraturan.
Selain itu, akaun Ng di laman perkongsian video di Shanghai, Bilibili juga digantung.
Menurut pengguna media sosial, Uncle Roger kena ‘cancel’ kerana klip yang dikongsi di Twitter mengenai sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada bulan depan.
Ketika bercakap dengan penonton, Uncle Roger dengan selamba membidas rangkaian pengawasan dilakukan Beijing dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan.
Pada Rabu, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pelawak Malaysia
#nigel ng
#Uncle Roger
#gurauan melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan