awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China harus terus terang mengenai kelulusan vaksin COVID-19 - Brazil

Agensi
Agensi
15/12/2020
14:14 MYT
China harus terus terang mengenai kelulusan vaksin COVID-19 - Brazil
Vaksin CoronaVac telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan di China sejak Jun lalu, namun tidak pernah mengumumkannya. - REUTERS
PEGAWAI kesihatan China dianggap tidak berterus terang tentang proses kelulusan vaksin COVID-19 bagi kegunaan kecemasan di negara itu, kata agensi pengawal kesihatan Brazil, Anvisa.
Menurut Anvisa yang merupakan pemimpin antarabangsa bagi proses penilaian vaksin CoronaVac, vaksin yang dihasilkan firma biotek China, Sinovac Biotech Ltd itu telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan di China sejak Jun lalu, namun tidak pernah diumumkan.
“Kerajaan China tidak menjelaskan kriteria untuk meluluskan kegunaan kecemasan vaksin itu, selain tidak memberi maklumat yang mencukupi tentang kriteria-kriteria yang menjadi garis panduan pihak berkuasa China untuk menilai jika vaksin itu selamat untuk kegunaan umum,” kata Anvisa dalam kenyataan di laman web rasmi, pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 10,000 individu telah disuntik vaksin buatan China itu melalui program kegunaan kecemasan vaksin yang dilancarkan secara rasmi Julai lalu.
Program itu mengutamakan vaksin diberikan kepada golongan sasar seperti petugas barisan hadapan dan golongan warga emas.
Dalam pada itu, Presiden Brazil Jair Bolsonaro yang merupakan antara pengkritik negara China turut pernah mengetengahkan kebimbangannya terhadap vaksin berkenaan.
Setakat ini, China masih belum mengumumkan perincian tentang bagaimana negara itu menentukan tahap keselamatan sesuatu vaksin untuk melawan jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#China
#Brazil
#vaksin
#kelulusan
#kesihatan
#COVID-19
#Anvisa
#Coronavac
#Sinovac
#Jair Bolsonaro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan